Blogger Layouts

Tuesday, February 11, 2014

Spageti Bolognese

Susah masak spageti dirumah? Takpe. Takpe. Aida ada cara yang mudah.

BAHAN-BAHAN
1 paket spageti (direbus sehingga lembut)
5 batang sosej
5 biji cendawan (dihiris)
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 ulas bawang putih (dicincang halus)
4 biji tomato (dikisar)
3 sudu besar cili kisar
1 cawan sos tomato
Setengah cawan air
1 sudu teh daun basil (optional)
1 sudu teh serbuk lada hitam (optional)
Garam secukup rasa

CARA-CARA
1. Panaskan minyak. Kemudian,  tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan air, kacau sehingga pecah minyak.
3. Masukkan sos tomato dan tomato yang telah dikisar dan kacau rata.
4. Masukkan sosej, tomato, cendawan, lada hitam, daun basil dan garam.
5. Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak.
6. Angkat dan tuangkan di atas spageti.

Dah siap! Senangkan? Lepas ni, dah boleh masak spageti bologneae dengan mudahnya. Selamat mencuba!!! (^_^)/

Saturday, February 8, 2014

ROTI CANAI

Assalamualaikum.
Aida nak share resepi roti canai. Sebenarnya,  tak susahpun buat roti canai ini tapi banyak guna mentega. Resepi ini mudah sangat-sangat. Aida ambil dari instagram @bilakokpinglapar .

BAHAN-BAHAN
1 cawan air
1 sudu garam
2 sudu susu pekat
Tepung gandum

CARA-CARA
1. Air, garam dan susu pekat digaul dalam satu bekas.
2. Masukkan tepung dalam bekas.
3. Adunkan sampai jadi doh yang cantik.
4. Bulatkan jadi sebiji bola yang besar.
5. Lumurkan doh dengan mentega.
6. Tutup bekas dengan plastik dan biarkan selama 90 minit.
7. Selepas itu, bahagikan jadi bebola saiz penumbuk.
8. Lumurkan dengan mentega lagi.
9. Biarkan semalaman. Tak payah masukkan dalam peti sejuk.
10. Esoknya, tebar dan canaikan.
11. Goreng dengan minyak.

Dah siap!!!
Suka hati korangla nak cecah dengan apa.
Dengan dhall ke, sambal tumis ke, kuah kari kepala ikan ke. Ha! Kalau cecah dengan gula pun sodappp dah.. :D

Yang dalam gambar tu, bentuk roti canainya tak macam yang korang makan dekat kedai tu. Ni hasil kali pertama dari budak lepas SPM. Hehe..
Selamat mencuba!!! (^,^)v