Blogger Layouts

Saturday, February 8, 2014

ROTI CANAI

Assalamualaikum.
Aida nak share resepi roti canai. Sebenarnya,  tak susahpun buat roti canai ini tapi banyak guna mentega. Resepi ini mudah sangat-sangat. Aida ambil dari instagram @bilakokpinglapar .

BAHAN-BAHAN
1 cawan air
1 sudu garam
2 sudu susu pekat
Tepung gandum

CARA-CARA
1. Air, garam dan susu pekat digaul dalam satu bekas.
2. Masukkan tepung dalam bekas.
3. Adunkan sampai jadi doh yang cantik.
4. Bulatkan jadi sebiji bola yang besar.
5. Lumurkan doh dengan mentega.
6. Tutup bekas dengan plastik dan biarkan selama 90 minit.
7. Selepas itu, bahagikan jadi bebola saiz penumbuk.
8. Lumurkan dengan mentega lagi.
9. Biarkan semalaman. Tak payah masukkan dalam peti sejuk.
10. Esoknya, tebar dan canaikan.
11. Goreng dengan minyak.

Dah siap!!!
Suka hati korangla nak cecah dengan apa.
Dengan dhall ke, sambal tumis ke, kuah kari kepala ikan ke. Ha! Kalau cecah dengan gula pun sodappp dah.. :D

Yang dalam gambar tu, bentuk roti canainya tak macam yang korang makan dekat kedai tu. Ni hasil kali pertama dari budak lepas SPM. Hehe..
Selamat mencuba!!! (^,^)v

No comments:

Post a Comment